"Tarim Bilangan Masjidnya Bersamaan Jumlah Hari Dalam Setahun"
Tarim yang memiliki diatasnya 360 buah masjid. Jika kita mengujungi Tarim dan berjalan menyusuri lorong – lorong kota ini pasti pandangan kita tidak akan lepas dari bangunan masjid.
Masjid di Tarim tidak semewah masjid di Malaysia. Masjid di Tarim diperbuat dari tanah dengan campuran rumput kering dan batu kerikil yang digunakan sebagai bahan campuran bangunan. Walaupun binaannya yang sederhana, terdapat masjid di kota Tarim yang mencecah usianya 700 tahun.
Masjid-masjid di Tarim tidak pernah sepi dari orang-orang yang berzikir, i'tikaf, solat, membaca Al-Quran, dan majlis ta'lim. Dikatakan azan di kota Tarim akan berkumandang kurang atau lebih 30 minit. Sambung dari satu masjid ke masjid yang lain.
Yang lebih menarik, bila tibanya bulan Ramadhan solat terawih nya akan berterusan dari lepas isyak sehingga waktu qiamullail. Dimulai dengan Dar Mustofa dan diakhiri dengan Masjid Wa'al jam 3.00 pagi.
Yang lebih saya takjub, dalam satu malam adalah hal yang biasa bagi masyarakat Tarim melaksanakan solat Tarawih sebanyak 100 rakaat, kerana mereka solat di lima buah masjid yang masing-masing menunaikan Tarawih dengan 20 rakaat. Malah ada yang lebih dari itu.
Bulan ramadhan itu sememangnya bulan Ibadah bagi mereka.
Antara masjid yang harus dikunjungi bila kita di Tarim :
* Masjid Baalawy (700 tahun)
* Masjid Assegaf (sejak 768H)
* Masjid Al Muhdor
* Masjid Alydrus
* Masjid Imam Al Haddad
* Masjid Syeikh Ali bin Abu Bakar Assakran
Nah, dibawah ni saya saji kan anda dengan dendangan bunyi azan di kota Tarim.
Nak tahu lebih lagi tentang istimewanya bumi Ratu Balqis ni, kenalah datang ziarah dulu. Semoga ini memberi manfaat untuk semua. Semoga kita semua diberi rezeki untuk menziarah Kota Auliya, Kota Para Wali ini 😊
#YaTarimWaAhlaha
0 komentar:
Posting Komentar